
Wan Ammar Haikal merupakan pelajar lepasan SPM 2019 yang baru menamatkan pelajaran di Sekolah Menengah Sri Intan, Machang, Kelantan.
Beliau antara pengguna yang kerap berkunjung ke PI Panyit untuk ulangkaji pelajaran dan membuat tugasan sekolah menggunakan internet dan kemudahan-kemudahan yang ada di PI Panyit.
Selepas tamat peperiksaan SPM, Wan Ammar menggunakan masa terluang untuk berniaga secara kecil-kecilan di rumah dengan menjual Corndog, Chicken popcorn, dan goreng pisang. Beliau menggunakan aplikasi Whatsapp untuk mempromosikan makanan yang dijual dan membuat penghantaran (Cash On Delivery) di kawasan kejiranannya. Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan, adik beradik beliau sama-sama membantu Wan Ammar untuk kembangkan perniagaan dengan membuka gerai jualan di Kampung Batu 30. Sementara menunggu keputusan SPM dan menyambung pengajian, Wan Ammar berniaga di gerai makanannya secara sepenuh masa. Pendapatannya juga meningkat dari RM1000 hingga RM3000 sebulan.

Corndog yang dipromosikan di media sosial