PERTANDINGAN USAHAWAN BARU ONLINE PUSAT INTERNET

Maklumat Am | 24 July 2020

 

Panggilan peniaga/usahawan sekalian https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tac/1/16/1f64b_200d_2642.png”);”>?‍♂️
Jom sertai kami dalam pertandingan ‘Usahawan Baru Online Pusat Internet’. Menangi hadiah menarik sekaligus menjadi usahawan online yang berjaya!

Syarat Penyertaan :
1. Berumur 18 tahun dan ke atas
2. Ahli berdaftar Pusat Internet di bawah kelolaan TM/MSD SDN BHD
3. Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian
4. Wajib mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada)

5. Dropshipper tidak diterima sebagai penjual

6. Seorang penjual boleh menjual satu jenis produk tetapi pelbagai jenis, contoh Kosmetik ada losyen, berus, gincu dan lain-lain / makanan kering ada maggi,beras, tepung, ikan kering dan lain-lain / alatan sukan ada sarung tangan/raket/bola dan lain-lain. Kalau nak lagi mudah untuk senang kiraan fokus pada satu jenis barang sahaja contoh jual losyen sahaja atau jual ikan kering sahaja dan lain lain yang rasa mudah dijual.

7. Bagi penjual yang telah ada akaun penjualan online dan tidak aktif, boleh sertai tetapi perlu juga mengikuti kelas samada buat akaun baharu atau guna akaun di platform lain, contonya telah ada shopee boleh buka akaun Lazada seller atau platform lain yang sama dengan kedua-dua. Jika akaun penjual aktif dan jualan telah banyak dan dikenali sebelum ini, adalah tidak layak sertai pertandingan.

8. Peserta yang tiada nama menghadiri kelas atau bukan ahli, akan ditolak penyertaan.

 

Hadir ke Pusat Internet Panyit untuk pendaftaran dan kami akan terangkan dengan lebih lanjut.