
Puan Huzaini merupakan pemegang ijazah Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang perniagaan. Selain menjadi suri rumah sepenuh masa, beliau juga banyak membantu suaminya menjalankan perniagaan dalam bidang pertanian dan penternakan.
Aliran perniagaan secara dalam talian memberi idea kepada Puan Huzaini untuk menggunakan akaun laman sosialnya, Facebook bagi menjana pendapat melalui dropship.Mula mengikuti kelas-kelas usahawan di Pusat Internet Panyit pada tahun 2019 dan 2020, beliau kini meluaskan lagi pasaran produk-produk dropship melalui aplikasi Shopee dan Lazada.Mula serius menjalankan perniagaan di aplikasi Shopee pada Januari 2020, beliau kini dapat menjana pendapat antara RM1000 hingga RM3000 sebulan.
