Latar belakang
Norul Akma merupakan anak jati kelahiran negeri Kelantan. Beliau merupakan seorang wanita yang cekal dalam keluarganya. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sebagai penjual kuih roti jala.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menjadi ahli di NADI, Puan Akma langsung tiada ilmu tentang cara menggunakan komputer serta perisian aplikasi dalam komputer dan juga tidak mengetahui cara menggunakan Asas Microsoft Office dan sebagainya. Bukan itu sahaja, beliau juga tidak mengetahui tentang kewujudan NADI di sekitar tanah airnya di mana NADI boleh membantu peniaga kecil untuk mengembangkan perniagaannya. Dengan melihat laman sesawang FB NADI Panyit, beliau berkomunikasi dengan petugas untuk mendaftar ahli sekaligus datang untuk belajar serba sedikit ilmu mengenai keusahawanan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti latihan keusahawanan di NADI awal 2025 pada awal tahun, beliau mula mahir menggunakan aplikasi Canva untuk menyunting gambar bagi menarik perhatian pelanggan. Bukan itu sahaja, dengan selalu menghadiri kelas keusahawanan di NADI di samping menjadi salah seorang ahli Komuniti Madani, beliau boleh menjual produknya di atas talian dan juga sudah berani untuk memuat naik maklum balas pelanggan di sosial media.


