
Nur Fatanah Syakira Bt Saimin, 26 tahun merupakan pelajar lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang tamat pengajian pada 2017.
Cik Fatanah memulakan perkhidmatan Surprise Delivery pada tahun 2018. Mula tercetus idea untuk memulakan perniagaan ketika melayari internet. Beliau menggunakan medium internet untuk mempelajari teknik gubahan dan memasarkan perkhidmatannya dalam media sosial. Sepanjang perniagaan,beliau memperolehi hasil pendapat sekitar RM1000 sebulan. Cik Fatanah juga mempelajari teknik jualan dalam media sosial secara perseorangan dengan petugas PI Panyit.

Antara produk yang siap untuk dihantar kepada pelanggan.
