mcmc
Keselamatan

Keselamatan

Di dalam Mukim Panyit terdapat sebuah balai polis yang terletak di Kampung Pek dan jaraknya lebih kurang 4 km dari NADI Panyit. Setiap hari, anggota polis peronda akan menjalankan tugas mereka meronda di setiap ceruk kampung untuk memastikan keselamatan penduduk dan harta benda di Mukim Panyit. 

Selain itu,di Mukim Panyit juga terdapat anggota RELA dan JPAM (Jabatan Pertahanan Awam) yang bertugas pada waktu kecemasan seperti musim banjir. Malah pihak RELA juga akan melakukan rondaan di sekitar kampung yang bermasalah seperti masalah pecah rumah dan kecurian.