MOHD RIDHA ABDUL RASHID

Mohd Ridha Bin Abdul Rashid, 27 Tahun, mula berkecimpung dalam perniagaan pakaian terpakai sebagai pekerja di pasar malam pada tahun 2015 dan mula berniaga sendiri secara sambilan di media sosial.
Awal tahun 2017, beliau mula membeli stok seluar jeans dengan kuantiti yang sedikit untuk memulakan perniagaan sendiri dan mula berniaga secara online melalui Facebook dan Whatapps. Beliau juga sering berkunjung ke Pi1M Panyit untuk mengikuti kursus ICT dan menggunakan kemudahan internet. Pada tahun 2018, beliau mula membuat Facebook Fanpage untuk mempromosikan secara meluas jualan seluar jeans. Kini beliau mendapat pelanggan dari seluruh pelusuk Malaysia termasuk Sabah dan Serawak dengan purata jualan sehari meningkat dari 50 hingga 100 helai setiap hari.

Mohd Ridha ketika mengikuti kelas asas fotogrfi produk.

Fanpage facebook FR jeans
