MOHD FAISAL BIN A RAHMAN

En.Faisal mula bergiat dalam perniagaan ini pada awal tahun 2013 dengan membuka kedai pakaian terpakai (FR BUNDLE ENT) berdekatan dengan kediamannya di Kok Lanas,Kota Bharu.
En. Faisal mula mempraktikan medium internet secara meluas bermula pada tahun 2014 kerana menyedari permintaan tinggi dari pengguna internet, terutamanya dalam aplikasi facebook. En Faisal juga menyertai kelas usahawan yang dianjurkan PI Panyit pada Hari Terbuka PI bersama rakan-rakan usahawan untuk menambah ilmu dalam perniagaan online dan mempromosikan perniagaan dalam aplikasi Dashboard Komuniti.
Selepas 6 bulan menggunakan medium internet, hasil jualan meningkat sebanyak 50% dan dapat meluaskan perniagaan dengan menambah baik produk yang sedia ada dan baru.

En. Faisal bersama rakan-rakan usahawan
