mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan 2019 Q2 (Nurhayati Nordin)

Nurhayati Bt Nordin, 35 Tahun, merupakan seorang suri rumah yang mengambil upah memasang pelamin di sekitar daerah Machang dan juga menjual makanan secara dalam talian seperti Facebook dan Whatsapp.

 

Pada awal tahun 2019, Puan Nurhayati mula menjadi ejen biskut dan kek. Beliau memasarkan promosi dalam media sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Bagi menambah pengetahuan tentang teknik pemasaran di media sosial, beliau sering berkunjung ke PI Panyit untuk mempelajari penggunaan komputer dan internet. Antara yang dipelajari adalah membuat Fan Page dan Aplikasi Dashboard Komuniti. Dengan hasil jualannya, Puan Nurhayati memperoleh pendapatan dari RM1000 hingga RM3000 sebulan.