mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan 2019 Q3 (Colek Pokwel)

Che Siti Habibah Binti Che Ismail, 22 tahun seorang suri rumah sepenuh masa yang membuat jualan sampingan sos pencicah buah (Colek Pokwel) yang diasaskan oleh bapanya.

Pn Habibah menggunakan kemudahan internet untuk memasarkan produk melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook. Di Pusat Internet Panyit, beliau mendapat bimbingan dari petugas PI Panyit untuk menggunakan pasaran online seperti Facebook dan Dashboard Komuniti. Pn Habibah juga sering menggunakan Wifi Kampung (WK) untuk urusan jual beli produk beliau. Hasil daripada penggunaan internet, Colek Pokwel dikenali lebih meluas dan ramai pembeli dari luar daerah Machang menghubunginya untuk mendapatkan Colek Pokwel. Oleh itu, pendapat keluarganya meningkat dari RM500 hingga RM2000 sebulan.