
Haidi Fikri,merupakan pemilik syarikat Edy Bundle bertempat di Kampung Bukit Tiu, Machang, Kelantan.Syarikat beliau menjual pakaian terpakai import secara borong.
Pada tahun 2015, Haidi Fikri memulakan perniagaan secara sambilan di pasar malam sekitar kawasan Klang, Selangor. Hasil dari perniagaan sambilannya dari tahun 2015, beliau membeli sebuah van untuk menjual pakaiaan terpakai secara borong kepada peniaga-peniaga pasar malam di sekitar Selangor.
Melalui media sosial, Haidi Fikri meluaskan pasaran perniagaannya di seluruh Malaysia terutama di kawasan Selangor dan Kelantan. Pada awal tahun 2018, beliau menyewa stor dan kedai di Machang, Kelantan untuk dijadikan pusat pengumpulan guni-guni pakaian terpakai untuk di eksport untuk pasaran Semenanjung Malaysia. Melalui promosi melalui Facebook dan Whatsapp, pendapatannya meningkat dari RM2000 kepada RM8000 sebulan.

Page Facebook Edy Bundle
