
Puan Adilah, 31 tahun merupakan Pelatih Pegawai Amanah Ikhtiar daerah Machang yang sering berkunjung di Pusat Internet di kawasan Machang untuk menyertai dan mengadakan aktiviti bersama Sahabat Amanah Ikhtiar.

Beliau berniaga sambilan secara jualan langsung di pejabat dan kawasan kejiranannya sahaja. Puan Adilah sering turut serta aktiviti-aktiviti usahawan yang dijalankan di Pusat Internet berdekatan, terutama di PI Panyit. Dengan inisiatif sendiri, Beliau mula mempromosikan produknya melalui aplikasi whatapps dan seterusnya aplikasi facebook. Bukan sahaja mengisi waktu lapangnya, perniagaan sambilan ini juga dapat meningkatkan pendapatannya sebanyak RM 1000 hingga RM 3000 sebulan.
