mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan 2020 Q1 (Celik IT Muhd Hafiz)

Muhd Hafiz Haikal bin Zulkarnain, berumur 19 tahun baru menamatkan persekolahan di SMK Sri Intan. Kini beliau banyak menghabiskan masa dengan mempelajari cara dan teknik untuk menghasilkan video rakaman yang berkualiti bagi mengisi masa lapang. Muhd Hafiz Haikal hanya mengunjungi pusat internet untuk melayari internet seperti menonton Youtube dan Facebook sahaja.

Hafiz Haikal sering berkunjung ke Pi Panyit untuk menonton Youtube. Beliau mula meminati untuk mempelajari cara untuk membuat rakaman dan menghasilkan video. Beliau mula mempelajari cara untuk membuat rakaman video dan suntingan video dengan petugas Pi Panyit dengan menyertai kelas-kelas yang diadakan. Hafiz Haikal mula menghasilkan video dan memuatnaik video yang dihasilkan ke dalam channel Youtube beliau.