
Tuan Fatihah Bt Tuan Abdullah, berusia 28 tahun, berasal dari Machang Kelantan. Beliau merupakan usahawan dibawah bimbingan Risda Machang. Beliau adalah pemilik TF Bridal Beauty & Craft yang terletak di Kerteh, Terengganu. Sejak dari kecil, Tuan Fatihah selalu mengikuti ibunya ke kursus jahitan dan membantu urusan kedai jahit ibunya. Selepasa tamat belajar, Tuan Fatihah memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan dengan mengambil upah menjahit baju pengantin dan ubahan pelamin.
Dari tahun 2017, Tuan Fatihah menyertai Usahawan Bimbingan RISDA Machang untuk menambah ilmu perniagaan dan bantuan kewangan dari RISDA. Beliau juga turut menimba ilmu perniagaan dengan Pusat Internet Panyit dan AIWSB (Aten Inspire Work Sdn Bhd) dibawah program keusahawanan. Selain menjalankan perniagaan sendiri (Butik Pengantin), beliau juga menjadi ejen dropship produk kecantikan jenama Beauty Hack. Melalui medium media sosial, beliau menggunakan Facebook,Instagram, dan Whatapps untuk promosi dan jualan produk miliknya. Dengan penggunaan ICT, Tuan Fatihah dapat meluaskan lagi pasaran perniagaan dan sekaligus menambahkan pendapatannya dari 1000 hingga 5000 ringgit sebulan.