mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan 2020 Q2 (4z Bantal by Salawaty)

 

Salawaty bt Mohamad merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Sebelum menceburi bidang usahawan, Puan Salawaty adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau juga secara tidak langsung membantu suaminya menguruskan perniagaan pakaian dan              kasut terpakai.

Selain membantu perniagaan suaminya, Puan Salawaty juga mempunyai hobi menjahit dan membuat bantal untuk kegunaan sendiri dengan menggunakan bahan dari pokok kekabu.Melihat hasil tangan Puan Salawaty yang menarik, suami beliau menggalakkan Puan Salawaty untuk menghasilkan lebih banyak bantal untuk dipasarkan dalam daerah Machang. Selepas mendapat permintaan tinggi di sekitar Machang, suaminya memberikan modal permulaan untuk mengupah pekerja dan meluaskan pemasaran dengan menggunakan medium media sosial. Setelah hampir setahun, pendapatannya juga meningkat dari RM500 hingga RM2000 sebulan.

Bantal yang siap diproses untuk dijual