
Mohd Khairul Azran, berumur 31 tahun merupakan presiden kelab belia (Kelab Warisan Pusaka) yang ditubuhkan pada awal tahun 2020. Persatuan ini bergiat aktif untuk mengekalkan seni budaya melayu seperti silat, wayang kulit, dikir barat dan lain-lain kesenian melayu klasik.
Mohd Khairul Azran sering berkunjung ke PI Panyit untuk membuat kertas kerja berkaitan aktiviti belia. Kemudahan yang disediakan di Pusat Internet banyak membantu beliau menguruskan kertas kerja dan juga menjadikan Pusat Internet sebagai tempat untuk ahli-ahli Kelab Warisan Pusaka mengadakan perjumpaan. Selain itu, petugas PI Panyit juga dijadikan rujukan untuk menyiapkan kertas kerja yang berkaitan. Jalinan kerjasama antara Kelab Warisan Pusaka juga diperkuatkan dengan penglibatan kelab beliau dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan PI Panyit seperti gotong-royong dan kelas penghasilan video. Hasil kerjasama yang baik, Kelab Seni Warisan mendapat perhatian dari pegawai Belia & Sukan Daerah, Puan Azma Yahya.
