mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan 2020 Q2 (Muhammad Ridha )

Muhammad Ridha bin Abdul Rashid menceburi bidang usahawan setelah tamat pengajian di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZ) pada tahun 2009.

Muhammad Ridha, seorang pemuda yang berusia 31 tahun, minatnya mula berputik dalam perniagaan bundle ini adalah bermula dengan melihat rakan beliau yang lain berniaga bundle dengan begitu baik dan mendapat sambutan daripada ramai pihak.

Bermula dari situ, beliau mula berkecimpung berniaga barang-barang bundle ini secara kecil-kecilan dengan hanya membuka kedai tapak-tapak pasar malam sekitar Kuala Krai dan Machang dan hasilnya sangat mengalakkan. Berbekalkan kemahiran dan pengetahuan tentang bundle ini, beliau menggunakan medium media sosial untuk menarik lebih ramai pelanggan. Dengan dorongan dan kaedah Pusat Internet Panyit, sedikit sebanyak membantu usaha beliau untuk menjana pendapatan lebih tinggi melalui media sosial seperti Facebook dan WhatsApp. Pendapatannya juga meningkat dari RM1000 hingga RM3000 sebulan.