mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan 2020 Q3 (Puan Rohayah)

Puan Rohayah Hashim berusia 45 tahun, berasal dari Kedah. Pada tahun 2013, beliau tinggal di Taiping Perak, dan memulakan pernigaan sambilan menjual kek dan biskut homemade. Pada tahun 2016, beliau telah berpindah ke Kelantan dan telah menjalankan pernigaan kek dan biskut secara sepenuh masa dari rumah. Pada tahun 2018, beliau mula membesarkan perniagaannya dengan membuka kedai Bakery di Machang, Selain memiliki kedai Bakery, beliau juga menjadi francies Apam Balik Seri Menanti dan telah membuka kiosk Apam Balik bersebelahan kedai bakery miliknya.

Pada tahun 2018, Puan Rohaya telah menyertai kelas keusahawanan di bawah Empower Ecer Machang untuk menambah ilmu dalam penghasilan kek dan biskut. Puan Rohayah turut menyertai kelas keusahawanan di Pusat Internet Panyit dibawah anjuran Empower Ecer Machang. Setelah mempelajari cara mempromosikan produk secara online, Puan Rohaya banyak menerima tempahan secara online dari pelanggan sekitar dan luar daripada daerah Machang. Selain menjalankan perniagaan kek dan biskut, beliau juga menjadi francies Apam Balik Seri Meranti. Beliau menggunakan sepenuhnya Aplikasi Facebook dan Whatsap untuk mempromosikan produk jualan dan sekaligus dapat menambahkan sasaran pelanggannya.