Wan Roslina binti Wan Kadir berusia 43 tahun. Puan Wan Roslina bekerja dan menetap di Gombak. Namun, pada tahun 2014, beliau dan suaminya pulang menetap di Kelantan setelah mereka berhenti kerja dan ingin memulakan perniagaan mereka di kampung. Puan Wan Roslina memulakan perniagaannya dengan menjual kek dan roti secara homemade. Untuk mempelajari ilmu pembuatan kek dan roti dengan mendalam, Puan Wan Roslina menyertai kursus pembuatan kek & roti anjuran Empower Ecer Machang. Pada akhir tahun 2014, Puan Roslina membuka kedai bakey dia Besut Terengganu. Kemudian pada awal tahun 2020, beliau membuka kedai makan di Rissmart Machang. Di Rissmart Machang, selain menjual menu masakan panas, Puan Wan Roslina juga menjual pelbagai produk usahawan Risda.

Puan Roslina bersama peserta Bengkel Shopee PIK Panyit
Pada tahun 2017, Puan Wan Roslina telah menyertai kelas keusahawanan di bawah Empower Ecer Machang untuk menambah ilmu dalam penghasilan kek dan biskut. Puan Wan Roslina turut menyertai kelas keusahawanan di Pusat Internet Komuniti Panyit dibawah anjuran Empower Ecer Machang. Kelas usahawan yang diperlajari ialah cara memasarkan dan mempromosikan produk secara atas talian. Beliau menggunakan sepenuhnya Aplikasi Facebook dan Whatsap untuk mempromosikan produk jualan dan sekaligus dapat menambahkan sasaran pelanggannya dan dapat meningkatkan hasil jualan berbanding sebelumnya.

