mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan 2020 Q4 (Puan Suharzad)

Puan suharzad meruapakan pengasas produk kecantikan jenama MAGIS yang juga merupakan usahawan bimbingan RISDA Machang. Mula berniaga pada tahun 2014 dengan membuka pusat rawatan kecantikan (Spa) pada tahun 2014 dan mula mengeluarkan produk kecantikan sendiri pada awal tahun 2020.

Puan Suharzad ketika mengikuti Bengkel Shopee di PIK Panyit

 

Bermula tahun 2020 beliau mengeluarkan produk kecantikan sendiri berasaskan jus buah-buahan. Selain RISDA, beliau juga menyertai kursus-kursus usahawan yang diadakan di Pusat Internet Panyit dan juga mengikuti program latihan kemahiran dan keusahawanan (ECER) anjuran UitM.Hasil daripada kursus-kursus yang disertai, beliau dapat mengembangkan perniagaanya dan juga menambah pendapatannya dari 5000 hingga 10,000 sebulan.