Kisah Kejayaan 2021 Q1 (Celik IT )

Kisah Kejayaan | 24 April 2021

Puan Noraini, 33 Tahun, merupakan seorang kerani pejabat WMD Store yang bertempat di Batu 30, Machang, Kelantan.

Puan Noraini mendapat tawaran bekerja sebagai kerani di syarikat WMD Store pada awal tahun 2020. Pengurus WMD Store menyarankan pada beliau untuk mempelajari tentang ICT di Pusat Internet Komuniti Panyit bagi meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi Microsoft word dan Excel. Beliau mendapat bimbingan secara peribadi daripada  Pengurus PIK Panyit dalam menggunakan aplikasi dan juga terlibat dalam bengkel keusahawan. Melalui bimbingan PIK Panyit, beliau dapat melaksanakan tugasan pejabat dengan cepat dan juga menambah kemahiran beliau dalam ICT.