mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan 2021 Q1 (En.Zulkharami)

En. Zulkharami merupakan seorang penghulu tanpa mukim jajahan Jambu Lawar, Machang, Kelantan. Beliau juga merupakan petani yang mengusahakan tanaman fertigasi.

Dari tahun 2017, beliau telah berkecimpung dalam bidang pertanian dengan tanaman tembikai. En. Zulkharami juga membuat perkhidmatan membuka tapak tanaman baru dan menjual baja.Beliau mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari jabatan pertanian, RISDA, dan juga mempelajari tentang ilmu pertanian di internet melalui You Tube dan media sosial. Hasil dari bimbingan dari jabatan-jabatan terlibat, beliau juga mendapat bantuan pinjaman modal dan bantuan baja sekaligus berjaya mengembangkan hasil keluaran tanaman serta dapat membantu petani-petani baru dalam urusan pertanian.