mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan 2021 Q1 (Nuradila)

 

Nur Adila Binti Azmi 30, merupakan seorang ibu tunggal, bekerja sebagai kakitangan kerajaan di Hospital Machang dan mempunyai dua orang anak.

Setelah hampir 2 tahun berniaga secara dropship, Puan Adila berhasrat untuk mempunyai produk sendiri. Setelah membuat kajian dan penyelidikan, pada tahun 2019 beliau akhirnya memiliki produk jenama sendiri iaitu Jamu Perawan Asli by Dila Sri Ayu Beauty. Puan Adila sering berkunjung ke Pusat Internet Komuniti Panyit untuk belajar teknik mengambil gambar, cara membuat suntingan gambar produk, cara membuat promosi di Fb dan Instagram dan cara membuat jualan menggunakan applikasi Shopee.