Kisah Kejayaan 2025 Q1 (Celik IT )
Latar belakang
Nur Amalin Atikah merupakan anak kelahiran Machang. Beliau tinggal berhampiran dengan NADI Panyit iaitu di Kg Jeram, Pangkal Meleret. Nur Amalin Atikah merupakan anak kelima daripada tujuh orang adik-beradik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau langsung tiada ilmu tentang cara menggunakan komputer serta perisian aplikasi dalam komputer dan juga tidak mengetahui cara menggunakan Asas Microsoft Office dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti kelas yang diadakan di NADI Panyit, beliau mula mahir menggunakan asas Internet, dapat mengenal abjad ABC dalam sesi kelas dan menunjukkan perkakasan komputer dengan betul. Bukan itu sahaja, beliau sering berkunjung ke NADI untuk mengikuti kelas yang dianjurkan oleh NADI dengan bantuan petugas NADI. Hasil daripada pembelajaran di NADI Panyit, Nur Amalin Atikah dapat membuat carian di Google Chrome, dapat membaca, bermain permainan pendidikan atas talian secara percuma.


