Kisah Kejayaan Pi1M Panyit 2015
Nurul Naziera Binti Muhammad Ruzi, 18 tahun
Dibesarkan dalam keluarga usahawan, Nurul Naziera berkongsi minat dengan ibunya dalam perniagaan. Nurul Naziera memulakan perniagaan di kedai runcit ibunya sendiri dengan menjual produk kecantikan dan minyak wangi. Kerana tempat tinggal berhampiran Pusat Internet 1Malaysia Panyit, Nurul Naziera juga tidak melepaskan peluang untuk menggunakan kemudahan yang disediakan terutamanya capaian Wifi Kampung Tanpa Wayar.

Nurul Naziera menggunakan internet untuk meluaskan pasaran dan mempelajari tentang produk jualannya. Sambil menunggu keputusan SPM yang akan dikeluarkan nanti, Nurul Naziera mengisi masa dengan jualan produknya di laman sosial. Sebelum menggunakan internet, Nurul Naziera hanya memasarkan produknya untuk penduduk kampung, rakan-rakan, dan pengunjung kedai runcit ibunya sahaja.Setelah mempelajari menggunakan aplikasi facebook dan Instagram, Nurul Naziera mengiklankan beg dan wangiannya di laman sosial. Kini dengan 1098 pengikut instagramnya, Nurul Naziera mendapat feedback dari pelanggan dari serata Malaysia.
USAHAWAN SARAPAN PAGI DELIVERY

Cik Syahirah Bt Mohd Zain, merupakan usahawan muda yang boleh dicontohi dengan sikap rajin dan bersungguh-sungguh dalam kerja. Beliau mula menjalankan perniagaan penghantaran untuk sarapan pagi di sekitar daerah Machang bermula pada awal tahun 2016.
Cik Syahirah memperkasakan lagi usahanya untuk berniaga melalui kelas latihan keusahawanan dan Intel Easy Learn yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Panyit, beliau kini telah memiliki page facebook sendiri yang dapat mempromosikan makanan beliau. Bilangan pelanggan beliau kini meningkat sebanyak 5% hingga 10%, beliau menggunakan segala kemudahan teknologi dan ilmu yang diperolehi dari Pusat Internet 1Malaysia Panyit. Selain membantu beliau meningkatkan bilangan pelanggan, pendapatannya juga meningkat dari 10% hingga 20%.

Facebook page milik Cik Syahirah

Cik Syahirah menerima sijil kursus Asas Microsoft word anjuran KEMAS Machang yang diadakan di Pi1M Panyit.