mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)


 

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) Panyit Machang, KELANTAN  mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) Panyit merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 72 NADI di Kelantan dan 911 NADI telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Anda boleh mengunjungi kami di alamat berikut ;

 

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) PANYIT

LOT 1115/1 KEDAI NO 2 KG BATU 30

JALAN KUALA KRAI

18500 MACHANG, KELANTAN 

 

Objektif NADI:

1. Memberikan kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan.

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan Internet.

3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

4. Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 

 
 

Suasana NADI Panyit

  • Dilengkapi dengan 10 biji komputer untuk kegunaan pengunjung dan 10 biji komputer untuk kegunaan kelas ICT 
  • Capaian Internet dengan kelajuan sehingga 100Mbps.
  • Selesa dan berhawa dingin

  

Perkhidmatan yang disediakan

  • Komputer & Internet (Wifi Zone)
  • Pengenalan Asas Komputer
  • Pengimbasan (Scanning)
  • Latihan Asas Keusahawanan
  • Laminate 
  • Aplikasi Elektronik (E-Dagang, E-Kerajaan, E-Pembelajaran)
  • Percetakan (Printing) Hitam Putih & Colour
  • Fotokopi (Photostate) 
  • Desktop Publishing spt Microsoft Office
  • Penjilidan (Binding) 

 

 

 

Waktu Operasi

NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM

 9:00 Pagi – 1:00 Petang  Beroperasi 
 9:00 Pagi – 12:30 Petang  Beroperasi (Jumaat)
 1:00 Petang – 2:00 Petang   Rehat 
 12:30 Petang -2:30 Petang  Rehat (Jumaat )
 2:00 Petang – 6:00 Petang  Beroperasi 
 2:30 Petang – 6:00 Petang  Beroperasi (Jumaat)