Di Mukim Panyit sebilangan besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian iaitu penanaman padi dan getah.
Sawah padi diusahakan oleh penduduk Mukim Panyit sebanyak 2 kali setahun. Penanaman dilakukan secara moden menggunakan kereta pembajak dan racun rumpai. Tanaman ini dikawal oleh Jabatan Pertanian Daerah Machang.