Produk Tempatan
USAHAWAN LOGAM & KAYU
MN Megah Maju Enterprise adalah antara nama syarikat yang sedang meningkat maju dan terkenal di sekitar Panyit. Memulakan perniagaan pada tahun 2003, En.Suhaimi bin Mustapha berjaya mengubah kehidupan keluarganya. NADI Panyit antara satu tempat untuk beliau mencari idea dan menambah baik urusan perniagaannya melalui Internet dan pembelajaran komputer khususnya belajar menaip menggunakan Microsoft Word. Melalui perkongsian idea dan melihat hasil-hasil kerja logam orang lain di Internet, beliau dapat mencetus idea baru dan memperbetulkan kesilapan yang ada seterusnya melancarkan lagi urusan perniagaan beliau Hasilnya,sedikit sebanyak menambah pendapatan kepada perniagaannya.
BOLEH HUBUNGI ABE MI BESI ;
019-9415834 / 017-9009235
Batu 30, Jalan Kuala Krai, Machang, Kelantan
ANTARA PRODUK DIHASILKAN

Pelamin hasil produk MH MEGAH MAJU Ent

Bahan mentah

Kerja-kerja sedang disiapkan

Lain-lain produk yang dihasilkan