Sejarah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Panyit
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Panyit dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti mula beroperasi pada 1 Oktober 2009 bertempat di Lot 1115/2, Batu 30, Jalan Kuala Krai, Machang, Kelantan. Pada tahun 2015, NADI Panyit ditutup selama 5 bulan untuk proses ubah suai dan penambahbaikan bangunan dan kembali beroperasi dengan wajah baru pada bulan Julai 2015. Dan mendapat sambutan baik dari penduduk setempat dengan purata keahlian baru 10 orang setiap bulan.
Sepanjang kewujudan NADI Panyit, NADI ini telah mengadakan pelbagai program pembangunan modal insan, Latihan ICT, dan Latihan Keusahawan kepada penduduk setempat. Sehingga kini NADI telah merekodkan 5210 pengguna yang dilatih. Antara program yang disediakan adalah ;
- Kursus Asas Dekstop Publishing (Microsoft Word, Excel & Powerpoint)
- Intel Learn Easy Step
- Asas Adobe Photoshop CC
- Latihan Keusahawan
- Kempen Klik Dengan Bijak
- Dashboard Community

