mcmc
Produk Tempatan

USAHAWAN PRODUK KOSMETIK

 

MEXS COMEL FAUNDATION

 

En.Azizul Bin Md Noor mula bergiat dalam banyak jenis perniagaan ini pada awal tahun 2013 dengan membuka kedai makan, bundle dan ciber café. Pada tahun 2016, beliau mula mencuba perniagaan produk kecantikan yang diusahakan bersama isterinya iaitu Mexs Comel Foundation.

En. Azizul mula mempraktikan medium internet secara meluas bermula pada tahun 2017 kerana menyedari permintaan tinggi dari pengguna internet, terutamanya dalam aplikasi facebook. En Azizul dan isteri juga menyertai kelas-kelas usahawan di sekitar Machang dan sering berkunjung ke PI Panyit untuk menambah ilmu dalam perniagaan online dan mempromosikan perniagaan dalam Facebook, Whatsapp dan instgram. Selepas 6 bulan menggunakan medium internet, hasil jualan meningkat sebanyak 50% dan dapat meluaskan perniagaan dengan menambah baik produk yang sedia ada dan baru. 

En.Azizul memproses produk untuk di pos kepada pelanggan